Friday, 1 October 2021

MASAK CUKA IKAN PARI

Masak cuka merujuk kepada penggunaan bahan cuka dalam masakan sebagai bahan utama. Selalunya masakan ini disediakan dalam masakan berasakan ikan iaitu ikan perlu digoreng terlebih dahulu dan dimasak semula menggunakan pelbagai bahan termasuk cuka. Kali ini pelbagai resepi ikan untuk anda.Selamat mencuba.

BAHAN BAHAN
  • 400 -500 gram Ikan pari
  • 3 Biji Bawang merah - Potong wedges
  • 3 Ulas Bawang Putih - 3 ulas
  • 2 Inci Halia - Hiris
  • 1 Sudu kecil Biji sawi
  • 2 sudu Cuka -
  • 2 biji Cili merah besar - Potong serong
  • Garam - secukup rasa
  • Minyak Masak

CARA PENYEDIAAN

  1. Goreng ikan hingga garing sikit dan ketepikan.
  2. Guna sikit minyak untuk goreng ikan tadi, panaskan dan  tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan biji sawi.
  3. Masukkan air 2 gelas besar, garam & cuka hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan dan biar mendidih buat kali kedua supaya masak cuka meresap dalam ikan.
  5. Rasa masam dan masin..
  6. Siap makan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment