Wednesday, 29 September 2021

RESEPI GULAI TELUR SOTONG

Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong.Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden

BAHAN BAHAN

  • 300 gm telur sotong
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • 2 biji cili hijau-belah dua buang biji
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 kotak santan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • 1/2 biji timun-potong baji
  • garam,gula secukup rasa
  • serbuk cukup rasa
  • air secukupnya


PROSES PENYEDIAAN

  1. Tumbuk atau kisar bawang merah dan putih,kunyit dan cili padi dan biji ketumbar.
  2. Masukkan santan ke dalam periuk dan tambah sedikit air untuk kepekatan yang di inginkan.
  3. Masukkan semua bahan-bahan yang telah di tumbuk/kisar tadi serta satu batang serai.
  4. Masak hingga mendidih dengan api sederhana sambil di kacau sekali-sekala. Bila kuah mendidih,masukkan telur sotong,timun dan lada hijau.
  5. Biarkan ia mendidih sekali lagi. Perasakan dengan serbuk cukup rasa maggi, garam dan gula secukup rasa. Sedia untuk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment