Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.
Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka ialah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya
Terdapat pelbagai jenis cara masakan menggunakan tempoyak ini dan antara yang sangat terkenal ialah gulai tempoyak. Gulai ini biasa dimasak bersama ikan; antara ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin, ikan baung dan ikan jelawat .Ia juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing. Selain itu, tempoyak juga boleh dibuat sambal tumis ikan bilis, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), dan sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama ikan bilis).
BAHAN BAHAN
- 500 gram ikan lais
- 6 biji cili padi
- 1 inci kunyit hidup
- 3 sudu besar tempoyak
- 1 bunga kantan - belah 4
- Sedikit daun kesum
- 2 batang serai
- 1 asam keping
- Garam
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk cili padi dan kunyit.
- Masukkan dalam periuk dan masak hingga kering air.
- Tempoyak diblender dengan air secukupnya
- Kemudian masukkan dalam lada yang dimasak.
- Kemudian masukkan ikan patin, daun kesum, bunga kantan dan serai.
- Masak sehingga sebati semuanya,dan kemudian masukkan asam keping.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa
No comments:
Post a Comment