Wednesday, 29 September 2021

RESEPI TELUR SOTONG THAI PEDAS

Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong.

Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.

BAHAN BAHAN

  • 400gm telur sotong
  • 3 helai daun limau purut- di koyakkan sedikit
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 1 sudu besar sos ikan (nampla)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai - dititik
  • Beberapa biji cili padi - dititik
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - di ketuk
  • 1 biji bawang besar holland - dipotong gegelang
  • Kacang panjang - optional
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis.

 

PROSES  PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak...
  2. Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula...
  3. Setelah cukup rasa, masukkan telur  sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan telur sotong masak...telur sotong tak perlukan masa yg lama utk masak
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gegelang tadi. Kalau suka kacang panjang dan bunga kobis bolehlah dimasukkan juga...rasa.. Siap..

No comments:

Post a Comment