Saturday, 2 October 2021

RESEPI SUP DAGING TETEL

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan daging tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

BAHAN A

  • 1/2 kg daging tetel direbus sehingga empuk-ketepikan
  • 1 kentang dibelah empat
  • 1 tomato dibelah dua*
 
BAHAN B
  • Minyak masak
  • 1/2 bawang besar dihiris kasar
  • 2 bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • Sedikit campuran buah pelaga dan bunga cengkih
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 mangkuk air
  • Bahan taburan
  • Bawang goreng
  • Daun sup & daun bawang dipotong kecil-kecil

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Siapkan bahannya
  2. Tumis Bahan B dengan sedikit minyak masak. Api kecil sahaja. Masukkan semua bahan satu persatu sehingga habis. Kacau sebati dan tunggu mendidih sebentar.
  3. Sekarang masukkan Bahan B kecuali tomato. Biarkan daging tetel itu empuk betul-betul, Kalau masih keras tambah air lagi.
  4. Setelah sempurna masak baru masukkan tomato. Dah siap! Boleh dihidangkan dengan bahan taburan. Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment