Friday, 1 October 2021

RESEPI SIPUT KEMUDI GORENG KUNYIT

Siput kemudi (atrina fragilis) atau pun di kenali dengan nama 'siput peha ayam' atau dalam bahasa inggeris ia adalah sebagai 'pen shells' merupakan sejenis siput kerang-kerangan yang berbentuk segitiga lonjong dan saiznya boleh mencapai satu kaki panjang. siput ni agak lembut dari segi  lembut cengkerangnya walaupun nampak gagah. boleh dimasak pelbagai resepi seperti kerang kerangan yang lai. boleh cuba masak dan cuba rasa.

BAHAN-BAHAN

  • Bawang merah - 1 biji
  • Bawang putih - 1 ulas
  • Halia sedikit
  • Cili Api - 5 biji
  • Cili merah dan cili hijau - 1 biji
  • Bunga kobis sedikit
  • Bawang besar - 1biji
  • Satu sudu kecil serbuk kunyit

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Hiris halus bawang merah, bawang putih, halia dan cili api.
  2. Hiris kasar cili merah, ciri hijau dan bawang.
  3. Setelah minyak panas, tumis bahan yang dihiris halus sehingga garing sedikit dan naik bau.
  4. Kemudian masuk serbuk kunyit dan kacau rata.
  5. Masukkan isi siput kemudi dan kacau sehingga air yang keluar dari isi siput kering sedikit.
  6. Masukkan garam sedikit, bawang besar, cili merah, cili hijau dan bunga kobis.
  7. Kacau rata dan tutup api.

No comments:

Post a Comment