Saturday, 2 October 2021

RESEPI DAGING TETEL MASAK ASAM PEDAS

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan dagig tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm daging tetel
  • 2 batang serai
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Cili boh
  • Bendi
  • 1 kiub tomyam

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Rebus daging tetel hingga empuk
  2. Tumis cili boh sampai pecah minyak. Masukkan bendi dan kiub tomyam
  3. Masukkan daging, sedikit air, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga masak. Perasakan dngn garam dan serbuk perasa

No comments:

Post a Comment