Wednesday, 29 September 2021

RESEPI TELUR SOTONG MASAK KAM HEONG

Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong.

Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.

BAHAN BAHAN

  • 400 gramtelur sotong
  • 2 ulas bawang putih(cincang halus)
  • 1/2 bawang besar(hiris)
  • 2 batang serai(hiris)
  • 3-4 biji cili padi(hiris)
  • 2 sudu serbuk kari ikan
  • Sedikit air
  • 1-2 sudu kicap
  • Sedikit minyak
  • Garam & gula secukup rasa
  •  

PROSES  PENYEDIAAN

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan serai dan cili padi. Goreng seketika.
  3. Masukkan serbuk kari, tambah sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan telur sotong dan gaul sebati.
  5. Tambahkan kicap, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sotong masak.

No comments:

Post a Comment