Thursday, 30 September 2021

RESEPI ASAM PEDAS TELUR IKAN SEMBILANG

Asam pedas (Jawi: ‏اسم ڤدس‎‎; Bahasa Minangkabau: asam padeh) ialah sejenis lauk 7 ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari masakan orang Minangkabau di barat pulau Sumatera; ia meluas dalam kalangan orang Melayu tidak sahaja di kawasan-kawasan lain pulau tersebut (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan) sampailah ke serata Nusantara termasuk Kalimantan Barat di Borneo, dan Semenanjung Tanah Melayu  (terutamanya di Melaka dan Johor). Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.

BAHAN BAHAN

  • Telur ikan Sembilang
  • 2 ulas bawang putih - Kisar
  • 3 ulas bawang merah - Kisar
  • 1 batang serai - Ketuk
  • 1 in halia - kisar
  • 1 inci kunyit hidup - kisar
  • 3 sudu Cili kisar
  • Air asam jawa
  • Daun kesum
  • 1 batang bunga kantan
  • Sesedap rasa
  • Sedikit gula

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Telur ikan rendam dlm air asam jawa sekejap
  2. Tumis bahan kisar hingga garing.
  3. Masukkan cili kisar dan secubit gula.
  4. Tambah air asam jawa.
  5. Bila dah mendidih masukan telur ikan , bunga kantan, daun kesom, tomato.
  6. Siap dan nikmati bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment