Saturday, 2 October 2021

RESEPI TAUHU MASAK DAGING

Tauhu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.

BAHAN BAHAN
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 6 keping shitake mushroom kering
  • 3 biji brown swiss mushroom
  • 100 g daging cincang
  • 4 keping tauhu air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil minyak bijan
BAHAN SOS
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil minyak bijan
CARA PENYEDIAAN
  1. Campurkan bahan-bahan untuk sos dan letak ke tepi.
  2. Cincang halus bawang merah, bawang putih, halia, shitake mushroom dan brown mushroom.
  3. Potong tauhu kepada 6 bahagian dan letak ke tepi.
  4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau sebelum masukkan halia, 3 minit. Gaul sebati halia dengan bahan tumisan lain dan tumis untuk 3 minit hingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan daging cincang dan tumis hingga masak, 3 minit.
  6. Masukkan kedua-dua jenis mushroom dan gaul hingga sebati. Masak hingga mushroom lembut, 3 minit.
  7. Setelah mushroom lembut, masukkan bancuhan sos tadi dan biarkan hingga mendidih dalam 3-5 minit.
  8. Bila bancuhan sos mendidih, masukkan tauhu dan gaulkan dengan perlahan supaya tauhu tak hancur.
  9. Tauhu sedia untuk dimakan

No comments:

Post a Comment