Friday 1 October 2021

RESEPI SIPUT KEMUDI MASAK RENDANG

Siput kemudi (atrina fragilis) atau pun di kenali dengan nama 'siput peha ayam' atau dalam bahasa inggeris ia adalah sebagai 'pen shells' merupakan sejenis siput kerang-kerangan yang berbentuk segitiga lonjong dan saiznya boleh mencapai satu kaki panjang. siput ni agak lembut dari segi  lembut cengkerangnya walaupun nampak gagah. boleh dimasak pelbagai resepi seperti kerang kerangan yang lai. boleh cuba masak dan cuba rasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gram  isi siput lokan
  • 1 cawan kerisik
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 5 helai daun kunyit
  •  

BAHAN B (DIKISAR)

  • 15 biji cili kering
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu kecil jintan manis

PROSES PENYEDIAAN

  1. Keluarkan isi Siput kemudi dari cengkerang, bersih dan toskan
  2. Potong dan Kisar bahan-bahan B. Masukkan dalam kuali. Masukkan kerisik. Masakkan kuah hingga mendidih dan pecah minyak. Lebih kurang 30 minit gunakan api perlahan. Kemudian masukkan santan, garam dan gula.
  3. Setelah rendang masak/ pecah minyak, masukkan isi siput. Kacau rata. Biarkan selama 10 minit. Kacau rendang untuk mengelakkan rendang hangus.
  4. Hiris daun kunyit.
  5. Masukkan daun kunyit ke dalam rendang. Kacau rata selama 10 minit. Tutup api
  6. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment