Sebut pasal sotong, kita tahu ia antara makanan kegemaran dalam keluarga Seafood dan sangat popular dalam penyediaan makanan harian samaada di Malaysia atau pun seluruh dunia. Walaubagaimanapun di dalam badan sotong ada satu lagi bahagian darinya yang merupakan antara yang boleh diasingkan dan dijadikan makanan yang sangat lazat iaitu telur Sotong.Telur sotong amat popular bagi penggemar makanan ini dan boleh dimasak dalam pelbagai resepi secara tradisional ataupun moden.
BAHAN BAHAN
- Telur sotong secukupnya
- Terung telunjuk
BAHAN B
- Segenggam cili kering direbus dan dikisar halus*
- 3 biji Bawang merah*
- Bawang putih 4 ulas*
- Halia 2 inci*
- 1 sudu kecil Serbuk kunyit
- Serai 2 batang diketuk
- Sedikit halba & biji sawi
- Minyak secukupnya.
- Air asam jawa ( segenggam asam jawa)
- Garam secukup rasa.
PROSES PENYEDIAAN
- Kisar blender bahan-bahan*
- Panaskan minyak masak di kuali atau periuk.
- Tumiskan bahan yang telah diblender dan serai yang dititik.
- Tambahkan serbuk kunyit 1 sudu kecil.
- Masukkan halba & biji sawi. Tumis hingga naik bau.
- Bila sudah masak dan naik minyak masukkan air asam jawa, tambah garam ikut secukup rasa.
- Masukkan terung. Apabila terung sudah nampak hampir masak, masukkan sotong dan kacau.
- Masak sampai menggelegak dan matikan api. Elakkan masak sotong terlalu lama.
No comments:
Post a Comment