Saturday, 2 October 2021

RESEPI TAUHU MASAK TOMATO

Tauhu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping tauhu putih (didadu)
  • 2 biji tomato saiz besar (didadu)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 biji bawang besar (dimayang halus)
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit garam jika perlu
  • 1 pokok daun bawang (kerat kasar)
  • Sedikit daun ketumbar (untuk garnish)

 

PROSES PENYEDIAAN :

  1. Goreng tauhu sehingga rangup. Tos dan ketepikan. (Boleh juga jika tauhu tidak digoreng)
  2. Keluarkan minyak menggoreng tadi, tinggal selapisan nipis minyak sahaja untuk menumis.
  3. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Masukkan tomato, sos ikan dan gula. Masak sehingga tomato layu, lembik dan berair.
  4. Tambahkan sedikit air. Masak lagi sehingga tomato hancur dan menjadi sos dan sedikit kering.
  5. Masukkan tauhu. Kacau rata dan masak sehingga sos melekat dan sedikit kering pada tauhu.
  6. Masukkan daun bawang dan kacau rata sebelum diangkat untuk dihidang. Garnishkan dengan daun ketumbar untuk meningkatkan lagi rasa.

No comments:

Post a Comment