Saturday 7 November 2020

RESEPI UDANG LIPAN BUTTER NESTUM

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

BAHAN-BAHAN:

  • 400 gram udang lipan
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada sulah
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar mentega
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 tangkai cili padi
  • daun kari
  • 1/2 cawan nestum

 

CARA PENYEDIAAN

  • Gaulkan udang lipan bersama garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam serta lada sulah.
  • Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga rata. Perapkan seketika.
  • Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga masak.
  • Panaskan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, cili padi dan juga daun kari sehingga naik bau.
  • Masukkan pula nestum dan goreng sehingga garing dan nestum menjadi rangup.
  • Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap!

RESEPI UDANG LIPAN MASAK TUMIS PETAI

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 ekor udang lipan
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
  • 1 sudu besar gula
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Petai segenggam

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan minyak dan goreng udang lipan seketika. Angkat dan ketepikan.
  • Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.
  • Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
  • Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata.
  • Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. secukup rasa.
  • Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar yang dihiris membulat (pilihan).

RESEPI UDANG LIPAN MASAK KAM HEONG

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm udang lipan -  diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam, then goreng & toskan.
  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)

  • 2 labu bawang besar (dicincang)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan cili sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Gaulkan udang lipan bersama tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
  • Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram.. Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
  • Masukkan udang lipan bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan  rata.
  • Masukkan garam, gula dan angkat. Hidangkan bersama nasi putih.

RESEPI UDANG LIPAN MASAK LEMAK

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

 

BAHAN-BAHAN:

  • Udang lipan dalam setengah kilo.
  • kelapa parut 1biji (diperah 3kali)
  • Serai
  • kacang panjang (ikut suka)
  • kunyit dan lada api (ditumbuk bersama)
  • asam keping 1
  • garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN

  • Masukkan santan, serai dan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk.
  • Didihkan seketika kemudian masukkan kacang panjang dan asam keping dan didihkan lg.
  • masukkan udang lipan
  • masukkan asam keeping dan siap

RESEPI UDANG LIPAN MASAK BAWANG PUTIH

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

BAHAN-BAHAN:

  • udang lipan sederhana besar 8 ekor
  • bawang putih 3 ulas
  • kicap lemak manis 3 sudu besar
  • sos tiram 3 sudu besar
  • mentega dan sedikit minyak masak

 

CARA MENYEDIAKAN

  • Gorengkan udang lipan dengan sedikit minyak masak, angkat.
  • kemudian gaulkan udang tadi dengan kicap dan sos tiram
  • potong dadu bawang putih, ketepikan.
  • panaskan mentega dalam kuali leper dan gorengkan bawang putih.
  • bila bawang dah naik bau susunkan udang di atas kuali tadi.
  • angkat bila dah masak.

RESEPI UDANG LIPAN TELUR MASIN

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm udang mantis/lipan
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Minyak
  • 3-5 sudu besar butter
  • 6 ulas bawang putih - di cincang
  • 15 biji cili padi ~ dihiris serong
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 biji telur masin ~ direbus & hancur
  • 2 sudu kecil gula
  • 10 sudu besar susu cair/susu segar
  • 1 sudu kecil tepung jagung

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
  • Udang lipan  dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan
  • Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
  • Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
  • Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

RESEPI UDANG LIPAN MASAK CILI KERING

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

BAHAN-BAHAN:

  • 10 – 15  ekor udang mantis
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1-2 sudu besar cili kering kisar
  • Sos tomato

 

BAHAN LAIN:

  • Bawang besar
  • Buah tomato
  • Daun sup

 

CARA CARA:

  • Cili kering digoreng hingga garing dan dikisar dengan pengisar kering.
  • Lumur udang dengan garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan udang dan goreng hingga hampir masak.
  • Masukkan cili kering flakes dan sos tomato ke dalam udang tadi. Akhir sekali, masukkan bawang besar, buah tomato dan daun sup.

KERABU DAGING

Kerabu bermaksud makanan yg dibuat drpd hirisan mentimun atau sayur-sayuran yg dicelur serta dibubuhi kelapa parut, garam, lada dan lain lain

BAHAN BAHAN
  • 600 gm daging
  • 2 biji kelapa
  • 2 sudu rempah biji
  • 1 sudu beras
  • 4 batang serai
  • 10-15 tangkai cili padi
  • 20 ulas bawang merah
  • 2 biji limau purut
  • 1 cm halia
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 biji timun
  • 2 kuntum bunga kantan
  • Garam

PROSES PENYEDIAAN
  • Daging dipotong 4 & rebus bersama santan, serbuk kunyit, serai yang dititik, daun limau purut & daun kunyit.
  • Apabila empuk siat-siatkan daging halus-halus. Sebelah kelapa dibuat kerisik. Rempah digoreng & digiling halus. Beras digoreng & digiling halus juga. 
  • Campurkan semua bahan ini & masukkan air asam limau serta garam. Hias dengan bunga kantan yang dipotong halus & juga timun.

RESEPI AYAM MASAK KICAP RINGKAS

Ayam masak kicap, ayam kicap atau ayam kecap ialah ayam hidangan rebus atau reneh dalam kicap manis (Kecap manis atau kicap lemak manis) yang biasa dijumpai di Indonesia dan Malaysia

BAHAN-BAHAN:
  • ayam – potong pada ketulan besar, perap dan goreng
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 biji bawang Holland – dipotong dadu
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji cili padi
  • garam
  • gula
  • Daun kari

BAHAN KISAR:
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • halia sedikit
  • Sedikit lada hitam

CARA-CARA:
  • Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Goreng bahan kisar hingga wangi. Masukkan ketulan ayam.
  • Masukkan kicap, bawang Holland dan cili merah. Perasakannya dan padamkan api.


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal

BAHAN BAHAN:
  • 1 ekor ikan patin
  • 5 tangkai cili padi(tumbuk)
  • 1 inci kunyit hidup(tumbuk)
  • 3 sudu besar tempoyak
  • 1 tangkai bunga kantan - belah 4
  • Sedikit daun kesum
  • 1 keping asam keping
  • Garam

CARA MASAK
  • Tumbuk cili padi dan kunyit. Masukkan air secukupnya dan masak bersama bahan tumbuk. Masukkan bunga kantan.
  • Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
  • Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.


IKAN PARI MASAK GULAI

Ikan Pari atau nama saintifiknya Gymura spp./Dasyatis spp. adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia.Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali. Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 potong panjang ikan pari-potong kecil
  • 3 sudu besar kari ikan & amp;1 sudu besar lada kisar-bancuh dgn sedikit air
  • 1/2 biji santan
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 biji tomato-belah 4
  • 1/2 batang carrot-potong bulat
  • 1 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang kecil*
  • halia 1 inci*
  • bunga lawang*
  • bunga cengkih*
  • kulit kayu manis*
  • buah pelaga*
  • Minyak utk menumis
  • 5 helai daun kari & 1 batang serai yg dititik
  • Garam dan air secukupnya

 

CARA MENYEDIAKAN

  • Panaskan periuk dgn sedikit minyak utk menumis.Tumis bahan2 ** sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan *..tumis seketika.Masukkan sedikit air asam jawa.
  • Masukkan santan dan sedikit air.
  • Masukkan kentang dan carrot.Masukkan juga serai dan daun kari.
  • Masukkan ikan dan garam secukup rasa.Tunggu sehingga ikan masak.Boleh lah ditutup api.

IKAN PARI MASAK LADA

Ikan Pari atau nama saintifiknya Gymura spp./Dasyatis spp. adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia.Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali. Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg ikan pari (dibersihkan dan dipotong seperti saiz kotak mancis)
  • 5 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang putih - dimayang
  • Sedikit belacan (pilihan)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 1 camca besar lada hitam (ditumbuk 3/4 halus)
  • 3 camca besar minyak untuk menumis
  • 2 camca besar asam jawa (diramas dengan 2 cawan air)
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 camca besar kerisik (kelapa goreng)
  • 2 camca teh garam
  • 2 camca teh serbuk kunyit
  •  

CARA MENYEDIAKAN

  • Tumis bawang merah, putih, cili kisar, belacan dan kunyit serbuk sehingga garing dan naik bau. Masukkan daun limau purut.
  • Setelah garing masukkan ikan pari, air asam jawa, lada hitam dan kerisik. Tambah 2 cawan air (berkuah seperti masak asam pedas), bila mendidih rasa garamnya.
  • Sedia untuk dihidang dengan nasi putih panas. Sedap juga dimakan sebagai kuah untuk mencicah lempeng.

LOKAN MASAK KUAH KUNING

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg remis/dalus/lokan yang telah dibersihkan kulit
  • 2 batang serai} dititik
  • 3 ulas bawang merah} tumbuk
  • 2 ulas bawang putih}tumbul
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih}tumbuk
  • 3 inci halia} Hiris
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit bancuhan air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Gula dan garam
  • Tomato
  • Cili api/padi secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  • Tumis bawang merah,bawang putih halia dan serai hingga kekuningan.Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.
  • Masukkkan remis/lokan/dalus dan gaul rata.Kemudian masukkan air dan bancuhan asam jawa.Tutup seketika.
  • Perasakan dengan garam dan gula serta masukkan lada putih.Biarkan sehingga kuah agak pekat dan masak.Tutup api.

LOKAN MASAK TIGA RASA

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak. 

BAHAN-BAHAN:

  • 300 kg isi lokan
  • Cili kering kisar
  • Sebiji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Serai
  • Halia
  • Sos Tiram
  • Sos Tomato
  • Sos cili
  • Garam
  • Gula

 

CARA-CARA MENYEDIAKAN BAHAN

  • isi lokan segar dibasuh bersih
  • Asingkan 1 setengah senduk cili kisar (kalau nak letak lebih boleh jugak)
  • Bawang besar , bawang putih dan halia ditumbuk hancur atau diblenSebatang serai ditumbuk sedikit hujungnya
  • Asingkan setiap sos 2/3 sudu

 

CARA-CARA MEMASAK

  • Panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbukatau diblen serta serai tadi hingga naik bau
  • Masukkan cili kisar , kacau sehingga hampir masak
  • Masukkan ketiga-tiga jenis sos tadi serta lokan telah di basuh bersih . Jangan lupa untuk letak garam dan gula secukup rasa .
  • Gaulakan. Kemudian boleh padamkan api dan hidang

LOKAN MASAK KICAP

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.

BAHAN-BAHAN:

  • Bahan-bahan diperlukan:
  • 500 gm isi lokan (sudah direbus)
  • 1 batang serai - dititik
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 5 biji cili padi - dihiris
  • 1 inci halia - dihiris
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • minyak untuk menumis
 

CARA PENYEDIAAN

  • Tumiskan bahan hiris sehingga nak bau.
  • Masukkan lokan dan serai, kacau seketika.
  • Masukkan kiub pati ayam maggi serta kicap manis. Biarkan mereneh.
  • Sesuaikan rasa dan angkat.

RENDANG LOKAN DENGAN SAYUR PAKIS

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gram isi lokan
  • 2 ikat sayur pakis
  • 1 butir kelapa
  • 1 buah limau nipis
  • 150 gram cili giling
  • 3 lembar daun salam
  • 5 lembar daun limau purut
  • 1 lembar daun kunyit
  • 2 ruas lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 bungkus bumbu rendang
  • Secukupnya garam
  • Secukupnya pati ayam

 

BAHAN KISAR :

  • 8 biji bawang merah
  • 6 biji bawang putih
  • 3 ruas halia
  • 3 ruas kunyit
  • 3 butir buah karas


CARA PENYEDIAAN

  • Cuci bersih lokan,. Diamkan sebentar
  • 1 butir kelapa diparut. Ambil santan nya sampai habis..
  • Tumis bahan kisar  dengan daun salam, daun limau purut , daun kunyit, serai, lengkuas.. masukkan cili giling.. tumis sampai harum.. masukkan air kira kira 300ml..
  • Masukkan lokan, tunggu sampai air kurang sikit.. baru masukkan santan & bumbu rendang . biar terus sampai mendidih
  • Baru masukkan pakis.. tambahkan garam, pati ayam,. koleksi rasa.. kecilkan api, tunggu sampai kuah agak mengering & jadi rendang

RESEPI LOKAN MASAK SAMBAL

Lokan (Polymesoda expansa) adalah sejenis moluska dwicangkerang yang banyak terdapat di lumpur pinggir laut. Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan dan sangat enak.

BAHAN-BAHAN:

  • 700 gram isi lokan - potong jika terlalu besar
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu teh pati asam jawa
  • 400ml air
  • garam / gula / perasa
  • minyak

 

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 1.5cm belacan

 

CARA PENYEDIAAN

  • Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dengan api perlahan sehingga naik minyak.
  • Masukkan lokan dan gaul sebati.
  • Masukkan pati asam jawa dan air.
  • Tutup masakan dan terus gunakan api perlahan. Masak sehingga lokan menjadi lembut atau sehingga kuah menjadi pekat.
  • Masukkan garam dan gula / perasa.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.