Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli
dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama
menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang.
Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa
sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang
lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.
Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna
kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa
penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek,
ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat
mereka berlindung dalam sarang dan lubang.
BAHAN-BAHAN:
- 400 gram udang lipan
- garam
- serbuk lada hitam
- serbuk lada sulah
- 2 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar mentega
- 3 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili padi
- daun kari
- 1/2 cawan nestum
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan udang lipan bersama garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam serta lada sulah.
- Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga rata. Perapkan seketika.
- Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga masak.
- Panaskan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, cili padi dan juga daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan pula nestum dan goreng sehingga garing dan nestum menjadi rangup.
- Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap!
No comments:
Post a Comment