Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli
dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama
menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang.
Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa
sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang
lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.
Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna
kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa
penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek,
ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat
mereka berlindung dalam sarang dan lubang.
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang lipan
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
- 1 sudu besar gula
- Garam
- Air asam jawa
- Petai segenggam
PROSES
PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dan goreng udang lipan seketika. Angkat dan ketepikan.
- Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.
- Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
- Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata.
- Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan. secukup rasa.
- Sebelum angkat, tabur hirisan bawang besar yang dihiris membulat (pilihan).
No comments:
Post a Comment