Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli
dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama
menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang.
Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa
sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang
lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.
Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna
kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa
penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek,
ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat
mereka berlindung dalam sarang dan lubang.
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm udang mantis/lipan
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - di cincang
- 15 biji cili padi ~ dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin ~ direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung
PROSES PENYEDIAAN
- Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
- Udang lipan dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan
- Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
- Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
- Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment