Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal
BAHAN BAHAN:
- 1 ekor ikan patin
- 5 tangkai cili padi(tumbuk)
- 1 inci kunyit hidup(tumbuk)
- 3 sudu besar tempoyak
- 1 tangkai bunga kantan - belah 4
- Sedikit daun kesum
- 1 keping asam keping
- Garam
CARA MASAK
- Tumbuk cili padi dan kunyit. Masukkan air secukupnya dan masak bersama bahan tumbuk. Masukkan bunga kantan.
- Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jgn lama sangat sebab ikan lembut. Masukkan daun kesum.
- Sesuaikan rasa. Jika kurang masam, baru dimasukkan asam keping.
No comments:
Post a Comment