Sunday 22 September 2019

KACANG KUDA TUMIS BEREMPAH

BAHAN BAHAN
250g Kacang Kuda
Kacang kuda kita beli yang siap rebus. Dalam tin jenama Kimball (gambar dalam komen pertama). Jika gunakan kacang mentah, sila rebus dahulu sehingga betul-betul masak & lembut

1sk Biji Sawi
1sk Jintan Manis
1sk Jintan Pedas
6tgkai Daun Kari
2tgkai Cili Kering (gunting serong)
Tumis semua bahan di atas sehingga wangi, kemudian ketepikan dahulu

2-3ulas Bawang Putih (tumbuk/cincang)
1/2sk Serbuk Kunyit
1/2sk Serbuk Cili .
Tumis bahan di atas. Kemudian masukkan bahan tumisan yang sebelumnya. Masukkan juga kacang kuda. Gaulkan semua bahan sehingga sebati

1/2sk Garam
1sb Gula
Masukkan garam dan juga gula. Seimbangkan rasa manis, masin, pedas

Bila sudah sesuai selera, boleh angkat dah hidangkan

Ssuai untuk kudap-kudapan. Boleh juga dijadikan lauk-pauk dan dimakan bersama nasi

No comments:

Post a Comment