Sunday 22 September 2019

RESEPI NASI GORENG UDANG LIPAN


BAHAN BAHAN
3 mangkuk nasi putih (semasa memasak kurangkan air sikit)
5 tangkai daun kucai (dipotong kecil)
5 - 6 ekor udang lipan rebus
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis/biasa 
3 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa
2 biji telur ayam

BAHAN KISAR
10 biji cili padi
6 ulas bawang putih 
2 sentimeter belacan

CARA MASAK

Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

Kemudian, masukkan sos tiram. Bila sudah wangi masukkan udang lipan.

Gunakan yang api besar, masukkan telur ayam, kacau sedikit.

Seterusnya masukkan separuh nasi ke dalam bahan tadi dan kacau hingga rata.

Masukkan pula kicap sotong dan kicap manis/biasa serta lada putih secukup rasa bersama kucai dan kacau lagi.

Akhir sekali masukkan baki nasi dan kacau sebati serta perasakan.

Siap untuk dihidangkan!

No comments:

Post a Comment