BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk betik muda yang disagat panjang
1 biji limau nipis -
amik jusnya
1 biji tomato (hiris
halus)
2 biji cili padi
2 ulas bawang putih
(tumbuk)
1/4 cawan nisan
putih (gula kabung thai )
Sos ikan(fish sauce)
Perasa (jika suka)
kangkung dan kacang
panjang
sedikit kacang tanah
yang digoreng
sedikit udang kering
thai (warna oren tu)
PROSES
PENYEDIAAN
Dalam lesung
masukkan nisan somtam, gesek-gesek biar hancur/lembut.
Kemudian masukkan
cili padi dan bawang putih. Tumbuk sikit sekadar nak pecahkan bawang dan cili.
Masukkan tomato gesek lembut je,
Masukkan kicap ikan
secukupnya dan jus limau. Sesuaikan rasa, biar ada rasa manis, masin yang
seimbang dan sedikit rasa masam.
Dalam mangkuk lain
satukan betik, udang kering, kacang tanah dan sos tadi. Gaul sebati. Sedia
untuk dihidang bersama kangkung atau kacang panjang
No comments:
Post a Comment