Saturday 2 October 2021

RESEPI DAGING TETEL MASAK KICAP

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan dagig tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN BAHAN

  • 300gm daging tetel
  • 10biji cili padi - dihiris kasar
  • 1 biji cili/lada merah
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 hiris halia
  • sedikit garam, serbuk kunyit + lada sulah

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Daging dihiris nipis dan toskan.
  2. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
  3. Masukkan dalam kuali dan masak hingga kering airnya. tambah air sekiranya daging belum empuk.
  4. Setelah daging empuk dan air telah menjadi sedikit kering, masukkan 2-3 sudu minyak dan goreng daging seketika.
  5. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili/lada merah.

kacau hingga bawang besar menjadi layu.

kemudian masukkan sos tiram, kicap manis  campur lada sulah.

kacau sehingga sebati dan siap!

No comments:

Post a Comment