Saturday 2 October 2021

RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL ALA THAI

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan daging tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 keping lengkuas
  • 2 keping halia
  • 3 batang lada merah
  • 3 batang cili padi
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 5 keping asam gelugur
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1 batang serai diketuk
  • 700 gram daging tetel dihiris nipis
  • 1 liter air
  • 1 camca besar garam Himalaya
  • 1 camca besar penuh gula merah
  • 1 ketul kiub pati ayam Maggi
  • Bahan tambahan:
  • 1 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun limau purut
  • 1 biji tomato merah
 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Siapkan bahan-bahannya.
  2. Kisar bawang merah,bawang putih,lengkuas,halia,lada merah dan cili padi dengan 1 cawan air hingga halus.Ketepikan.
  3. Panaskan minyak masak dalam kuali non stick,tumis serai hingga naik bau.Masukkan bahan kisar bersama serbuk kunyit,tumis hingga garing @ pecah minyak.Masukkan asam keping.
  4. Masukkan daging,balik-balikkan hingga bercampur rata daging dengan bahan tumis.Tutup kuali dengan penutup.Masak hingga daging mengeluarkan airnya.
  5. Bila air daging hampir kering masukkan 1 liter air,masak hingga menggelegak.Masukkan garam,kiub pati ayam dan gula merah.Masak hingga daging empuk dengan api sederhana besar.
  6. Masukkan bunga kantan dan daun limau purut,masak hingga kuah berkurangan sedikit baru masukkan tomato merah.Seimbangkan rasa,tutup api,siap.

No comments:

Post a Comment