Friday 1 October 2021

RESEPI SIPUT KEMUDI MASAK GORENG LADA

Siput kemudi (atrina fragilis) atau pun di kenali dengan nama 'siput peha ayam' atau dalam bahasa inggeris ia adalah sebagai 'pen shells' merupakan sejenis siput kerang-kerangan yang berbentuk segitiga lonjong dan saiznya boleh mencapai satu kaki panjang. siput ni agak lembut dari segi  lembut cengkerangnya walaupun nampak gagah. boleh dimasak pelbagai resepi seperti kerang kerangan yang lai. boleh cuba masak dan cuba rasa.

BAHAN-BAHAN:

  • 400 gram isi Siput kemudi yang telah dibersihkan
  • 10-15 tangki lada kering
  • (nk pedas blh tambah lagi)
  • 2 biji bwg besar
  • 1" halia
  • 3-4 biji bwg putih
  • 3 btg serai
  • (1 btg lagi utk dititik)
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn air
  • serbuk perasa (jika suka)

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Cili kering, bwg besar, bwg putih, 2 btg serai & halia - diblender
  2. Tumis semua bahan yang telah diblender tadi dgn sedikit minyak sehingga garing & naik minyak
  3. kemudian masukkan 1 btg serai yg dititik tadi - digaul rata
  4. masukan sedikit garam & serbuk perasa & 1 cwn air tadi
  5. masukkan isi siput kemudi  dan dikacau rata. Biarkan sehingga masak/mendidih dan kuahnya agak kering/pekat sedikit. Kalau nk kuahnya betul2 kering pun boleh.
  6. Siap & boleh dihidang

No comments:

Post a Comment