Saturday, 2 October 2021

RESEPI DAGING TETEL MASAK HALIA

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan dagig tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

  • 400 gram daging tetel potong cantik
  • 2 inci halia muda, hiris nipis
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 4 ulas bawang putih, dititik
  • 1 biji cili merah, hiris
  • 1 1/2 camca besar sos tiram
  • 3 camca besar kicap cair
  • Secubit gula
  • Hirisan daun kuchai untuk hiasan
  • Hirisan cili merah untuk hiasan
 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Cuci daging dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan daging dan goreng hingga daging berubah warna. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
  2. Tuang air secukupnya dan masukkan kicap cair. Biar mendidih dan daging empuk, masukkan hirisan cili, bawang besar dan secubit gula. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur dengan hirisan daun kuchai dan juga cili merah tadi. Hidangkan segera bersama nasi hangat atau pun bubur nasi.

No comments:

Post a Comment