Thursday 30 September 2021

RESEPI ASAM PEDAS KEPAH

Asam pedas (Jawi: ‏اسم ڤدس‎‎; Bahasa Minangkabau: asam padeh) ialah sejenis lauk berasaskan ikan berperisa masam dan pedas dipercayai dari masakan orang Minangkabau di barat pulau Sumatera; ia meluas dalam kalangan orang Melayu tidak sahaja di kawasan-kawasan lain pulau tersebut (terutamanya Riau, Jambi dan Sumatera Selatan) sampailah ke serata Nusantara termasuk Kalimantan Barat di Borneo, dan Semenanjung Tanah Melayu  (terutamanya di Melaka dan Johor). Setiap jenis asam pedas serata kawasan-kawasan ini mempunyai rasa dan tekstur tersendiri bergantung kepada bahan yang digunakan.

BAHAN BAHAN

  • 1 kg Kepah atau 400gm isi kepah kalau nak masa isi je
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Cili kisar
  • 2 batang serai
  • Segenggam daun kesum
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • 1 Asam keping
  • Sedikit mushroom seasoning
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Bersihkan kepah dan toskan. Kalau nak buka kulit dan nak isi pun boleh
  2. Blend bawang besar, bawang putih, kunyit dan halia.tumis bahan yang di blend, cili kisar (dalam 7 sudu besar) dan serai.tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kerang yang sudah dicuci bersih bersama daun kesum dan asam keping.tambah sos cili, sos tiram dan mushroom seasoning
  4. tambah air sedikit dan garam.masak sebentar dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment