Saturday, 2 October 2021

RESEPI DAGING TETEL MASAK LEMAK CILI API

Tetel adalah bahagian daging sapi yang sebenarnya merupakan sisa daging yang melekat pada tulang. Daging ini berupa campuran daging, urat, lemak dan sebagainya. Tetelan telah dikelupas dari tulang dan dipotong-potong. Biasa daging ini digunakan untuk sup atau pelbagai masakan lain.

Jika pergi pasar basah dan tak tahu mana satu daging tetel, tanya sahaja pada penjual kedai. Daging ini dijual ikut timbangan kilo, tapi jika kita nak beli dalam jumlah RM10, RM20 pun boleh juga. Pendek kata, sampaikan saja hajat kita pada penjual daging nanti tahulah diorang nak sukat & timbang untuk kita. Tapi awas! makan daging tetel ni perlu berpada-pada sebab kandungan lemak & kolesterolnya yang tinggi. Makan sekali sekala tak apalah, jangan jadi kebiasaan sudah. menu boleh dihasilkan menggunakan daging tetel.Saya kongsikan resepi untuk anda.

BAHAN-BAHAN

  • Daging tetel (rebus lmbut)
  • 1 kotak Santan
  • Daun kunyit koyakn
  • keping Asam
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Serai (titik)
  • Bahan kisar
  • Cili api 15 biji atau lebih
  • Bawang merah 3 biji
  • 3 inci kunyit


PROSES PENYEDIAAN

  1. Masukan semua bahan kecuali santan dalam periuk
  2. Masukkan daging tetel dan air rebusan tadi dan masak sehingga betul betul lmbut dan mendidih
  3. Masukan santan,garam,serbuk perasa, guladan biar sehingga pekat dan mendidih.
  4. Siap


No comments:

Post a Comment