Wednesday, 29 September 2021

RESEPI KUPANG MASAK SOS TIRAM

Siput sudu atau juga dikenali sebagai kupang, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia.

Melalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma')

BAHAN BAHAN

  • 3 ulas Bawang merah – hiris
  • *2 ulas Bawang putih – ketuk & hiris
  • *1 inci Halia – hiris
  • Cili kering – blender
  • Sos Tiram
  • Sos Tomato
  • Sos Cili
  • 3 btg Serai – diketuk
  • Kupang – dibasuh
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa

 

PROSES PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg bertanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering yg tlh dimesin. Masak hingga pecah minyak.Masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili. Kacau rata. Then masukan serai. Kacau sebati.
  3. Masukkan kupang & sedikit air. Kacau rata. Masakkan dlm 3-4 minit.
  4. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata. Masak dlm 2-3 minit.
  5. Siap! Bolehlah dihidang!

 

No comments:

Post a Comment