Saturday, 2 October 2021

RESEPI TAUHU MASAK TAUCU

Tauhu ialah makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang ditapaikan dan diambil patinya. Berbeza dengan tempe yang asli dari Indonesia, tauhu berasal dari China sepertimana juga bahan-bahan yang sama keluarga dengannya seperti kicap, taucu (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

Dibawa oleh para perantau China, makanan ini tersebar ke Asia Timur dan Asia Tenggara, lalu juga akhirnya ke seluruh dunia. Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Sebagaimana dengan tempe, tauhu dikenali sebagai makanan rakyat. Berbagai-bagai jenis tauhu yang ada di Indonesia umumnya dikenali dengan tempat pembuatannya, misalnya tauhu Sumedang dan tauhu Kediri.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ketul Tauhu goreng
  • 1 sudu makan Taucu manis
  • 1 sudu makan Taucu masin
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 @2biji cili padi
  • 2 sudu makan sos tiram

 

PROSES PENYEDIAAN :

  1. Terlebih dahulu rebus tauhu 2 minit dan potong dadu. Bawang merah, bawang putih dan taucu di tumbuk sekali guna lesung batu hingga lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan tumbuk tadi. Hingga kering dan wangi. Masuk sos tiram dan kacau sebati.
  3. Masukkan tauhu tadi dan gaul perlahan dan sebati
  4. Matikan api.
  5. Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng. Dan hidang. Selamat

No comments:

Post a Comment