BAHAN-BAHAN
2 biji mangga epal,diparut memanjang.
1 kuntum bunga kantan,dihiris halus.
1 biji bawang besar.
BAHAN-BAHAN LAIN
10 biji cili padi,dihiris,kalau mahu
pedas,boleh tambah bilangan cili padi itu.
Udang kering,digoreng tanpa
minyak,sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur.
Kacang tanah,digoreng tanpa
minyak,dibuang kulit dan tumbuk separa hancur.
3 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
PENYEDIAAN
Campurkan bahan-bahan A dan gaul
sehingga mesra.
Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.
Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dlm jus limau nipis.Kacau sebati.
Tuang bancuhan jus limau nipis ke dlm bahan campuran mangga tadi.
Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis,masam dan masin kerabu tersebut.
Siap dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment