Thursday, 17 September 2020

IKAN BAUNG MASAK OMPOK

 

BAHAN-BAHAN
600 gm ikan Baung
(bahan-bahan a)
2 cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
50 gm daun kesum, ambil daun sahaja
2 helai daun kunyit, disiat siat
5 keping asam gelugur
air sejuk (bahan-bahan b digiling)
15 biji lada merah
15 biji lada kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm belacan
2.5 cm kunyit basah
25 gm lada hitam
 
CARA PENYEDIAAN
1. siang ikan dan bersihkan seperti biasa (basuh dengan garam dan asam jawa)

2. campurkan bahan-bahan kisar dengan 250 ml air. bubuh garam secukupnya. jerangkan di atas api yang sederhana hingga ia masak.

3. masukkan ikan, kacau rata-rata dan masukkan pula daun kesum dan daun kunyit. masak lagi hingga sebati dan pekat.


Tambahan:

masakan ini lebih sesuai guna periuk tanah. untuk lebih sedap susun bahan a didasar periuk, gaul ikan dengan bahan b, susun dan tuang air sekadar ikan terhapus sahaja. tutup periuk, masak dengan api perlahan hingga masak.tahan 1 bulan jika sentiasa di hangatkan.

No comments:

Post a Comment