Saturday, 3 October 2020

TALAPIA MASAK STIM

Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah. 

BAHAN BAHAN

  • 1 ekor ikan talapia
  • (bahan kisar)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • (bahan hiris)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 biji limau nipis(ambil jus sahaja)

CARA PENYEDIAAN

  • Kisar semua bahan hingga hancur.
  • Resipi Ikan talapia stim foto langkah 1
  • Ikan dibersihkan dan di kelar
  • Resipi Ikan talapia stim foto langkah 2
  • Tuang bahan yang dikisar keatas ikan.gaul bagi rata,masukkan garam,sos tiram dan jus limau niois.tabur pula bahan yg dihiris tadi keatas ikan.kemudian kukus selama 25 minit.siap.selamat mencuba

No comments:

Post a Comment