Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit. Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah Carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada
'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia
boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus
boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang baik. Darah
belangkas adalah berwarna biru disebabkan oleh kehadiran ion tembaga(II) dalam
protein hemosianin yang diguna pakai oleh belangkas untuk mengangkut oksigen
dalam darah
BAHAN BAHAN
- 500gm Belangkas paling elok ada telur - Dipotong 6 dan buang perut yg ada racun
- 1/2 biji bawang besar, potong nipis
- 1 batang serai, dititik
- 1/2 cawan air asam jawa
- 2 sudu besar sos tiram
- Bahan untuk dikisar
- 3 ulas bawang putih
- 4 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 10-12 tangkai cili kering, dibuang biji
- 1 biji bawang besar
- 20 Biji Cili padi dikisar
PROSES
PENYEDIAAN
- Rebus cili kering seketika, toskan air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain.
- Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.Masukkan bahan kisar, masak hingga naik bau dan pecah minyak.
- Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta masukkan serai yang dititik. Kemudian masukkan belangkas garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment