Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai.Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang
BAHAN BAHAN
- 1 kg udang lipan – dibuang kepala dan cuci bersih
- * 8 tangkai cili kering - (dikisar, boleh tambah lagi untuk yang suka pedas )
- * 2 biji bwg merah (dikisar)
- * 3 ulas bawang putih (dikisar)
- * 1 inci halia (dikisar)
- * 5 Tangkai cili padi
- * 1 batang serai
- * 1 biji telur
- * 1 sudu sos cili
- * 1 sudu sos tomato
- sedikit air
- garam dan gula
- minyak utk menumis
- hiasan - daun sup
CARA PENYEDIAN
- Kisar semua bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak. Tumis bahan yang di kisar sehingga masak dan pecah minyak. Biarkan seketika sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.Selepas itu masukkan udang lipan dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga udang lipan masak, dan kacau sekali-sekala
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
- Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas udang lipan. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
- Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan
No comments:
Post a Comment