Udang
lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia
bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang
menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30
sentimeter (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm
(15 in) telah direkodkan di Hawai.Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup
hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan
terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata
terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di
kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang
difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka
berlindung dalam sarang dan lubang
BAHAN BAHAN
- 1-2 bungkus mee kuning- dicelur sekejap kemudian dicuci dan hilangkan bau kapur dan minyak. Toskan dan masuk dalam raga penapis
- 500 gm Udang lipan atau udang biasa, boleh ganti ayam, sotong dan daging
- 3 keping tauhu dipotong
- fishcake dan fishball secukupnya
- 2-3 biji telur
- 1/4 bahagian kobis dipotong
- 1 pokok sawi dipotong
- 2-3 sudu besar cili kisar bersama bawang besar dan bawang putih
- 3-4 sudu besar sos cili
- 2-3 sudu besar sos tiram
- 4-5 ulas bawangputih diketuk hancur
- Sedikit minyak untuk menumis
- Air secukupnya
- Garam secukup rasa.
- Daun bawang
- Tauhu - dipotong dadu
- Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
PROSES PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak, dan tumis bawang putih yang diketuk dan kemudian cili kisar sehingga garing dan wangi. Masukkan sos cili dan sos tiram dan air secukupnya. Masukkan kiub ayam dan garam. Biar sehingga mendidih.
- Bila mendidih masukkan udang lipan, fish cake, fish ball dan tauhu. Akhir sekali masukkan bahan sayuran dan pecahkan telur. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Boleh hidangkan dengan mee, taburan daun bawang, bawang goreng dan taugeh yang dicelur.
No comments:
Post a Comment