Sunday, 4 October 2020

RESEPI BIHUN SIAM

Masakan Thailand adalah masakan kebangsaan Thailand. Masakan Thailand meletakkan emfasis pada hidangan dihidang ringan dengan komponen aromatik kuat. Masakan Thailand dikenali dengan menjadi pedas. Keseimbangan, perincian dan kepelbagain adalah penting dengan masakan Thailand. Masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhan: pedas, masan, manis, masin, dan pahit (sebagai pilihan).

BAHAN BAHAN

  • Bihun (rendam)
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Sesudu udang kering
  • 1 sudu cili kisar
  • 1/2 sudu pes tomyam
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit sos ikan
  • Garam gula
  • Sosej
  • Sedikit air
  • Kucai, taugeh, lobak merah
  • Hirisan daun limau purut

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Tumbuk bawang putih, bawang merah, udang kering, tumis sampai naik bau..
  • Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
  • Masukkan pes tomyam dan bahan sos lain seperti sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos ikan, masukkan sedikit air juga..
  • Masukkan sosej (kalau ada seafood lagi sedap ya) perasakan dengan garam gula
  • Masukkan bihun, kucai, taugeh (jika suka) dan hirisan daun limau purut, gaul rata.

No comments:

Post a Comment