Salad ialah sejenis hidangan yang dihidang dalam jumlah yang kecil, yang sering digaul bersama sos.Salad boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuklah sayuran, buah, daging yang telah dimasak, telur dan bijirin. Salad taman lazimnya menggunakan sayur daun sebagai bahan asas; lazimnya penggunaan perkataan salad itu sendiri merujuk khusus kepada salad taman itu. Jenis yang lain termasuklah salad kacang, salad tuna, fattoush, salad Greek, and salad somen. Sos yang digunakan untuk memperisakan salad sering dipanggil sos salad atau kuah salad; iaitu termasuklah yang terkenal seperti ranch, Thousand Island, dan vinaigrette. salad dihidang sejuk, walaupun sesetengahnya, seperti salad kentang Jerman, dihidang suam. Sesetengah menganggap kepanasan hidangan itu menjadikannya satu faktor ia tidak termasuk dalam kategori salad, sebagai contoh kaserol, inti sandwich atau lebih tepat lagi, nama bahan yang menjadi ramuannya.
BAHAN BAHAN
- Betik muda (diparut halus)
- 1 sudu udang kering
- 2 biji tomato (dihiris)
- 3 batang kacang panjang (dipotong kecil)
- 6 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji jus limau nipis
- 1 sudu coconut sugar
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu Kacang tanah
PROSES PENYEDIAAN
- Betik muda dibuang kulit dan getahnya. Parut halus dengan pemarut. Jika perlu, betik muda boleh direndam dengan air garam seketika dan tapis untuk hilangkan rasa pahit.
- Tumbuk bawang putih dan cili padi. Tak perlu terlalu lumat. Masukkan udang kering. Tumbuk sekali lagi
- Masukkan kacang panjang, gula dan sos ikan. Tumbuk seketika tak perlu terlalu kuat / hancur.
- Masukkan tomato. Perasakan dengan jus limau. Rasa jika kurang boleh tambahkan sedikit lagi sos ikan atau gula. Akhir sekali, taburkan kacang tanah. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment