Friday, 9 October 2020

SPEGETTI OLIO AGLIO

Makanan Eropah, atau kadang-kala Makanan Barat, merupakan istilah am yang merujuk kepada makanan Eropah dan dunia Barat yang lain. Makanan Eropah atau Barat termasuklah Eropah yang merangkumi (bergantung kepada takrifan) Russia, begitu juga makanan asli Amerika Utara, Australasia, Oceania, dan Amerika Latin, yang terbit dari pengaruh besar oleh penjajah atau peneroka Eropah ke kawasan itu. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Asia Timur untuk membezakan gaya memasak Asia. (Ini adalah perbandingan kepada masyarakat Barat yang memanggil makanan dari Asia Timur sebagai makanan Asia.) Apabila digunakan oleh orang Barat, istilah itu kadag kala dirujuk sebagai makanan kontinental atau lebih terperinci mengikut tempat makanan itu, seperti Makanan Perancis.

BAHAN BAHAN

  • 1/4 Spegetti
  • 1 Liter Air
  • 4 ulas bawang putih (Di tumbuk)
  • 4 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu kecil lemon pepper
  • 1 sudu kecil garlic salt
  • 1 sudu besar pardley Leaves
  • 1 cube pati ayam Adabi
  • 2 sudu besar cheesoning(Serbuk perisa keju)
  • 1/2 lada benggala
  • 1 sudu teh Paprika Spices
  •  

BAHAN B (CAMPURAN GOURMET PEPPERONI BEEF)

  • 6 keping gourmet pepperoni beef
  • 1/4 sudu teh serbuk bbq
  • 1/4 sudu teh lemon pepper
  • 1/4 sudu garlic salt

 

LANGKAH PENYEDIAAN

  • Masukkan semua bahan B tadi dan gaulkan bersama pepperoni beef terlebih dahulu supaya ada rasa.
  • Rebus Spegetti bersama air 1 Liter bersama sedikit minyak zaitun supaya tidak mudah melekat ketika di angkat dan tunggu sehingga kembang bertukar mwnjadi warna putih kekuningan. angkat dan toskan.
  • Tumis bawang putih bersama minyak zaitun. Kemudian masukkan pepperoni beef tadi kacau sehingga garing.Masukkan parti kuib ayam adabi dan sedikit air. Masukkan lemon pepper dan garlic salt gaul sehingga sebati.
  • Masukkan serbuk pardley Leaves pada spegetti dan kemudian gaul. Boleh letak lebih klu suka. Kemudia taburkan paprika ikut tahap kepedasan yang anda inginkan. Klu yang suka pedas boleh tukar dengan cili padi. Gaul spegetti sehingga sebati.
  • Kemudian padamkan api dan taburkan cheesoning pada spegetti dan gaul sehingga sebati.

No comments:

Post a Comment