Sunday, 11 October 2020

RESEPI SOTONG MASAK SAMBAL

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN

  • Sotong setengah kilo
  • Ubi kentang 2 biji ( Goreng dulu ketepi kan)
  • Cili merah 3biji
  • Cili Padi 6 biji
  • Bawang kecil 3 ulas
  • Sedikit belacan
  • Bawang putih 2 ulas (Semua tumbuk dulu ya)
  • Serai sebatang ketuk ketuk
  • Air asam jawa satu cawan
  • Sedikit kicap manis
  • Pati ayam knoss Seketul
  • Sedikit garam dgn gula
Hiasan
  • Cili padi 6 biji
  • Cili merah sebiji
  • sedikit daun bawang


CARA PENYEDIAAN

  • Tumis bahan bahan yang di tumbuk  sampai pecah minyak
  • Kemudian masukkan air asam jawa, air lemon 2 sudu kecik
  • Masukkan sedikit kicap manis , pati ayam, garam dengan gula, Masak bagi pekat kemudian masukkan Sotong masak smpai kering sedikit kuah 
  • kemudian masukkan ubi yang di goreng  dengan hiasan
  • siap blh di hidangkan


No comments:

Post a Comment