Sunday, 11 October 2020

RESEPI SOTONG AIR ASAM

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.


BAHAN BAHAN

  • 1kg sotong
  • 2 batang serai
  • Akar daun ketumbar
  • 1/2 biji tomato didadu
  • 3sb sos ikan
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1sk garam
  • 1sk gula


BAHAN AIR ASAM

  • 4 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili api (kepedasan masing2)
  • Limau nipis
  • 3sb gula siam (Thai Palm Sugar)
  • Garam jika perlu


PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan pengukus
  • Bila air menggelegak, masukkan sotong dan bahan kukus
  • Biarkan dalam 8-10 minit, jangan terlalu lama utk kekalkan rasa juicy. Angkat dan toskan
  • utk air asam, tumbuk bawang putih dan cili api
  • tambahkan gula Thai dan garam jika perlu
  • perah asam limau
  • gaul rata sotong dan air asam
  • siap ..!!


No comments:

Post a Comment