Monday, 12 October 2020

RESEPI IKAN MASIN LADA PUTIH


BAHAN BAHAN

  • Ikan masin ( ikut suka apa jenis, di potong kecil & di goreng )
  • Lada putih ( ikut suka tahap kepedasan)
  • Bawang putih 
  • Bawang merah 
  • Bawang besar
  • Air asam Jawa 
  • Garam, Ajinomoto , gula 


CARA PENYEDIAAN

  • Goreng ikan masin ( kegaringan ikan tu ikut suka.. )
  • Tumis Bawang merah dan bawang putih hingga garing dan naik wangi.
  • Masukkan lada putih yang telah dihiris tadi
  • Seterusnya, masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi
  • Masukkan bawang besar. Tumis dan gaulkan bersama. Tumis sampai  warna coklat kecoklatan semua bahan-bahan tadi.. time ni  boleh sudah tambah perasa seperti garam ajinomoto dan gula. Saya lebihkan gula untuk seimbangkan rasa masin dari ikan masin. 
  • Masukkan sedikit air asam jawa ( option lain boleh lah Masukkan tomato ( ikut suka lah)
  • Saya guna asam jawa supaya rasa lada putih ikan masin ini semakin sedap.. 
  • Siap! Boleh sudah makan dengan nasi panas2.. 
  • Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment