Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang
satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
- Sotong saiz besar
- Isi udang segengam
- Telur 1 biji
BAHAN BAHAN SOS
- 5 ulas Cili kecil
- 4 sudu gula
- Secubit garam
- 3 sudu cuka makan
- 3 ulas bawang putih
- 2 ulas Bawang merah
- 2 sudu kecil tepung jagung
- Sedikit air
- Hirisan daun ketumbar
BAHAN BAHAN KISAR (INTI)
- 1 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 hirisan Halia.
PROSES PENYEDIAAN
- Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
- Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
- Bakar sotong sumbat tadi, saya guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
- Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
- Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
- Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera.
No comments:
Post a Comment