Sunday, 11 October 2020

SOTONG MASAK LEMAK CILI API

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN-BAHAN 

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat - boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • garam secukup rasa


BAHAN DITUMBUK LUMAT 

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia *
  • Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili .Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya 


CARA MEMASAK 

  • Bersihkan sotong  serta ketepikan semua dulu 
  • Tumbuk semua bahan sampai lumat 
  • Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi
  • Masukkan santan , serai dan asam keping 
  • Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak 
  • Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur .

No comments:

Post a Comment