Tuesday, 6 October 2020

RESEPI UDANG LIPAN GORENG KUNYIT

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

BAHAN BAHAN

  • 6 ekor udang Lipan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak


PROSES PENYEDIAAN

  • Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  • Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  • Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.

No comments:

Post a Comment