Tuesday, 6 October 2020

RESEPI UDANG LIPAN GORENG TEPUNG

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

BAHAN BAHAN

  • 10 - 20 ekor udang lipan
  • 80 gram tepung gandum
  • 100 ml air
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit garam
  • sedikit kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Masukkan tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk.
  • Masukkan air dan kacau rata supaya tidak berketul.
  • Biarkan selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus.
  • Udang di bersihkan. Keringkan udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering.
  • Panaskan minyak yang banyak (boleh tenggelam udang).
  • Pegang bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung.
  • Masukkan ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan.
  • Angkat dan toskan.
  • Hidangkan bersama sos pencicah kegemaran anda. Boleh guna sos cili thai, sos pencicah, sos cili, mayonis, tar tar sauce dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment