Friday, 9 October 2020

LAMB CHOP DENGAN KENTANG PUTAR

Makanan Eropah, atau kadang-kala Makanan Barat, merupakan istilah am yang merujuk kepada makanan Eropah dan dunia Barat yang lain. Makanan Eropah atau Barat termasuklah Eropah yang merangkumi (bergantung kepada takrifan) Russia, begitu juga makanan asli Amerika Utara, Australasia, Oceania, dan Amerika Latin, yang terbit dari pengaruh besar oleh penjajah atau peneroka Eropah ke kawasan itu. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Asia Timur untuk membezakan gaya memasak Asia. (Ini adalah perbandingan kepada masyarakat Barat yang memanggil makanan dari Asia Timur sebagai makanan Asia.) Apabila digunakan oleh orang Barat, istilah itu kadag kala dirujuk sebagai makanan kontinental atau lebih terperinci mengikut tempat makanan itu, seperti Makanan Perancis.

BAHAN BAHAN

  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk )
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit garam, gula dan sedikit jus limau

 

CARANYA

Satukan semua bahan dan Lumurkan pada Lamb. Perap semalaman dalam peti sejuk.

 

RESEPI KENTANG PUTAR ( MASHED POTATO)

BAHAN BAHAN

  • 6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit daun bawang  (di potong2)
  • sedikit lada sulah dan garam

 

CARA MEMBUATNNYA

  • Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
  • Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
  • Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan.


SOS LAMB CHOP

BAHAN BAHAN

  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
  • Sedikit garam

 

CARA MEMBUATNYA

  • Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  • Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  • Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.
  • * jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
  • ** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.
  • Hidangkan Lamb chop dengan sayur-sayuran…..
  • Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment