Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli
dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama
menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang.
Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa
sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang
lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks.
Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna
kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa
penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek,
ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat
mereka berlindung dalam sarang dan lubang.
BAHAN BAHAN
- 1/2 kg Udang lipan
- 1 biji Bawang Besar (dipotong kasar)
- Cili merah (dipotong serong )
- 2 Ulas Bawang Putih ( diketuk)
- Halia (diketuk)
- Kicap pekat manis
- Sos Black Paper
- Minyak untuk menumis
PROSES PENYEDIAAN
- Panaskan minyak tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili merah kacau sebentar.
- Masukkan udang ke dalam kuali dan kacau bagi mesra.
- Kemudian masukkan kicap, sos black paper dan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan daun bawang dan daun sup.
- Okey dah siap untuk dihidang bersama nasi putih.
No comments:
Post a Comment