Sunday, 4 October 2020

RESEPI SUP SIAM

Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.

Secara tradisinya, sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan sup pekat. Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup pekat dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah sup sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel; dan veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur,nasi, lentil, tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.


BAHAN BAHAN 

  • 5-6 ketul potongan daging ayam
  • 2 gelas air
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 1 bungkus Perencah Sup Siam Adabi
  • 1 biji bawang besar saiz kecil dipotong 2
  • 1 biji Tomato Merah dipotong 4
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 camca kecil rata Serbuk Lada Sulah
  • 1 camca kecil Garam Himalaya

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Siapkan bahan-bahannya
  • Masukkan air ke dalam periuk bersama potongan ayam,perencah sup siam,daun pandan,ubi kentang,bawang besar dan bawang putih.Masak hingga menggelegak.Masukkan potongan Tomato Merah.
  • Masukkan garam dan serbuk lada sulah.Masak sebentar lagi hingga ayam betul-betul masak dan kentang empuk.Seimbangkan rasa.
  • Sebelum dihidangkan hiasi dengan potongan daun ketumbar,bawang goreng dan hirisan lemon (dalam gambar tak ada tomato,belum sempat snap dah habis dimakan).

No comments:

Post a Comment