Makanan Eropah, atau kadang-kala Makanan Barat, merupakan istilah am yang merujuk kepada makanan Eropah dan dunia Barat yang lain. Makanan Eropah atau Barat termasuklah Eropah yang merangkumi (bergantung kepada takrifan) Russia, begitu juga makanan asli Amerika Utara, Australasia, Oceania, dan Amerika Latin, yang terbit dari pengaruh besar oleh penjajah atau peneroka Eropah ke kawasan itu. Istilah ini digunakan oleh masyarakat Asia Timur untuk membezakan gaya memasak Asia.(Ini adalah perbandingan kepada masyarakat Barat yang memanggil makanan dari Asia Timur sebagai makanan Asia.) Apabila digunakan oleh orang Barat, istilah itu kadag kala dirujuk sebagai makanan kontinental atau lebih terperinci mengikut tempat makanan itu, seperti Makanan Perancis.
BAHAN BAHAN :
- 3 bahagian peha/ dada ayam (650gm+-/potongan besar) | buang tulang
- 3 ulas bawang putih | kisar halus
- 6 inci halia | kisar halus
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar saus manis ABC
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah/lada putih
- Garam
- Salutan:
- 1 biji telur | kacau
- 2 sudu besar tepung gandum
- 100gm bread crumbs
- Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama bahan kisar, sos tiram, saus manis, serbuk lada sulah dan garam.Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais.
- Setelah cukup masa memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau.
- Ambil ayam dan celupkan dalam telur kemudian salut dengan bread crumbs.Buat satu persatu.
- Goreng dengan api sederhana besar agar ayam masak sekata.
BAHAN SOS LADA HITAM
- 2 sudu butter
- 1 1/2 sudu tepung gandum
- sebiji bawang besar(potong dadu)
- sebiji tomato (potong dadu)
- seketul kiub ayam knors
- 2 cawan air
- sedikit kicap pekat
- sedikit sos cili/sos tomato
- garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
- tepung jagung(standby)
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan butter dengan api kecil.
- Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
- Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau.
- Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
- Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
- Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
- Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
- Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
- Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
- Boleh dihidangkan semasa panas.
No comments:
Post a Comment