Sunday, 4 October 2020

RESEPI TOMYAM POKTEK ALA THAI

Masakan Thailand adalah masakan kebangsaan Thailand. Masakan Thailand meletakkan emfasis pada hidangan dihidang ringan dengan komponen aromatik kuat. Masakan Thailand dikenali dengan menjadi pedas. Keseimbangan, perincian dan kepelbagain adalah penting dengan masakan Thailand. Masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima perisa asas dalam setiap hidangan atau makanan keseluruhan: pedas, masan, manis, masin, dan pahit (sebagai pilihan).

BAHAN BAHAN 

  • 5 biji bebola sotong (belah 4)
  • 6 ekor udang
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis
  • 1/3 batang lobak merah (di hiris bulat)
  • 1 batang serai (potong 3 dan di ketuk)
  • 5 helai daun limau purut (carik carikkan)
  • 1/2 biji bawang merah (di hiris kasar)
  • 3 batang akar daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu besar pes tomyam ADABI
  • 6 cawan air (nak kuah banyak lebihkan air)
  • 1 cawan susu cair
  • 3-5 biji cili api (belah 2 jika suka pedas - saya tak letak)
  • 2 tangkai daun ketumbar (di hiris untuk hiasan)

 

PROSES PENYEDIAAN

  • Panaskan air dalam periuk. Masukkan pes tomyam dan akar daun ketumbar. Akar ni la rahsia tomyam jadi sedap macam kat Thailand. Kalau takde pun takpe. Kacau sebati.
  • Kemudian masukkan bebola sotong, bunga kobis, lobak merah, serai, daun limau purut, lengkuas dan bawang merah. Dalam gambar tak ada lengkuas. Lupa nak letak sekali.
  • Kacau sebentar hingga mendidih. Kemudian masukkan susu cair dan kacau sebati. Boleh juga ganti dengan santan atau susu segar. Akhir sekali masukkan udang, garam dan hirisan daun ketumbar. Boleh juga letak buah tomato dan perah limau kasturi jika suka masam2. Tadaaaa! Dah siap tomyam ala ala Thai. SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment